Majlis Bandaran Seremban dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran - Utusan Malaysia

Majlis Bandaran Seremban dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 Mac 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pengisytiharan menaikkan taraf Majlis Bandaran Seremban kepada Majlis Perbandaran yang baru hari ini (3 Mac) merupakan langkah yang baik dalam usaha kerajaan menyusun struktur pemodenan perancangan, pembangunan, kebersihan dan juga kemajuan bandar.

Serentak dengan itu, dilahirkan pula Majlis Daerah Seremban yang mana pengisytiharannya dilancarkan serentak oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim, merangkap Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 3 Mac 1969Prince Charles, yang merupakan putra Queen Elizabeth yang berumur 20 tahun dan bakal Raja Britain telah berucap buat kali pertama melalui radio ke seluruh negara malam tadi.
  • 3 Mac 1973 – Jabatan Telekom Malaysia akan mewujudkan satu talian khas ‘Hot Line‘ atau penggilan terus-menerus khas untuk para menteri, menteri besar, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen di semua negeri.
  • 3 Mac 1974 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn mengumumkan, kerajaan akan memperbesarkan lagi pasukan tentera khas Orang Asli, Senoi Praaq bagi menjamin keselamatan mereka.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya