BNM patut turunkan OPR Mac ini

BNM patut turunkan OPR Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Mac ini disaran mengambil langkah menurunkan semula Ka­dar Dasar Semalaman (OPR) bagi merancakkan ekonomi negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis ekonomi City University Malaysia, Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, penurunan OPR dapat membantu mewujudkan suatu keadaan di mana tunai boleh diperoleh tanpa rasa bimbang dengan kadar faedah tinggi seterusnya menggerakkan ekonomi negara.

“Mengikut laporan, pertumbuhan ekonomi kita antara tertinggi tahun lepas, jadi sepatutnya OPR bukan dinaikkan, tetapi diturunkan lagi untuk le­bih merancakkan ekonomi kita.

“Maknanya ekonomi kita sudah agak pulih, jadi BNM patut menyokong dengan menggalakkan orang ramai mendapat akses kepada tunai supaya digalakkan pertumbuhan ekonomi.

TUNAI

“Selain itu, orang ramai juga memerlukan dana untuk me­mulakan perniagaan, maka kalau naikkan OPR, kita mengekang mereka daripada mendapatkan akses tunai itu.

“Macam mana ekonomi mahu berkembang jika orang ramai tak boleh dapatkan dana dan tak boleh kembangkan perniagaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Firma penyelidikan sebelum ini menjangkakan BNM akan kembali meningkatkan semula OPR kepada 3.0 peratus seperti sebelum pandemik Covid-19 dalam mesyuarat MPC Mac ini.

Ia selepas BNM menerusi MPC pada Januari lepas membuat keputusan mengejut mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus.

Keputusan mengejut itu selepas kenaikan OPR empat kali berturut-turut sejak tahun lalu bermula Mei, Julai, September dan November, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Mengulas lanjut, Abu Sofian berpendapat, meskipun OPR merupakan satu mekanisme digunakan untuk menangani inflasi, tetapi ia perlu digunakan sebagai jalan terakhir.

“OPR sebagai alat mengawal inflasi, tetapi sekarang ini lebih kepada macam mana kerajaan mengawal harga mentah daripada terus dinaikkan.

“Apabila naikkan OPR tentunya bayaran balik akan naik dan orang akan takut mohon pinjaman maka takutlah nak kembangkan perniagaan masing-masing.

“Ini tentu akan menyukarkan lagi mereka yang mahu memulakan perniagaan. Kena ingat, apabila seseorang itu mulakan perniagaan baru dia akan cipta peluang baru dan ini semua berkaitan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN