Anggota polis cedera dilanggar lelaki khayal

Anggota polis cedera dilanggar lelaki ‘khayal’ 

polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang anggota polis berpangkat konstabel cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki dalam keadaaan khayal semasa bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kutan, Wakaf Bharu, di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 11 malam itu, suspek berusia 26 tahun dikatakan dalam keadaan dan tingkah laku khayal kesan daripada pengambilan pil epam dan air ketum.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, ekoran kejadian itu anggota tersebut yang berusia 20-an mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan.

“Semasa kejadian, konstabel berkenaan sedang membuat pemeriksaan ke atas kenderaan yang melalui SJR tersebut. Secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Wira yang berada di belakang kenderaan lain semasa melalui SJR itu telah bertindak memecut laju dari arah Pasir Pekan dengan tidak berhenti untuk diperiksa.

“Mangsa yang sedang membuat pemeriksaan ketika itu telah dilanggar dan kemudian tercampak ke seberang jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Amran memberitahu, susulan kejadian itu suspek berjaya ditangkap dan dibawa ke cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut. 

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan ke atas kenderaan suspek telah menjumpai air ketum sebanyak 500 mililiter.

“Hasil ujian saringan yang dilakukan mendapati suspek negatif. Siasatan mendapati suspek berada dalam keadaan dan tingkah laku khayal kesan daripada pengambilan pil epam dan minum air ketum. 

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya