KUALA LUMPUR: Ahli politik menjadi punca berlakunya kemelut politik negara yang menyaksikan pelantikan empat orang Perdana Menteri dalam tempoh empat tahun. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, perkara itu boleh dielakkan jika mereka bersedia mengetepikan perbezaan dan bersatu padu atas dasar untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara. Titah baginda, kemelut yang berlarutan sehingga kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 dapat dielak jika episod yang membawa peletakan jawatan…










