28 mangsa banjir berlindung di SK Gual To' Deh

28 mangsa banjir berlindung di SK Gual To’ Deh

MEK Yam Ahmad (kiri) bersama penduduk Kampung Bendang Perol yang berpindah ke PPS SK Gual To’Deh, Rantau Panjang, Kelantan hari ini.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seramai 28 mangsa banjir dari enam keluarga di Kampung Bendang Perol di sini, berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka ditenggelami air pagi tadi.

Ia susulan hujan lebat bermula Rabu lalu sebelum cuaca kembali baik pada Sabtu.

Seorang penduduk Abdul Majid Ahmad, 57, berkata, dia dan keluarga mula berpindah ke PPS pada pukul 4.30 pagi tadi selepas air mula melimpah masuk ke dalam rumah.

“Saya dan keluarga terpaksa meredah air sedalam 0.5 meter untuk ke PPS selain berjalan sejauh 1 kilometer.

“Walaupun cuaca berada dalam keadaan baik dan tiada hujan turun sejak dua hari lalu, namun paras air semakin naik malam tadi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Abdul Majid memberitahu, keputusan berpindah segera itu diambil ekoran bimbang paras air akan terus naik sekaligus memberikan kesukaran kepada mereka untuk ke PPS.

Katanya, walaupun ‘malu’ untuk berpindah disebabkan cuaca berada dalam keadaan baik, namun mereka terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai pilihan.

Sementara itu, Mek Yam Ahmad, 80, berkata, dia tetap menggagahkan kudratnya untuk berpindah walaupun lutut sakit.

“Kalau ikutkan hati saya sudah tidak sanggup untuk berpindah. Namun disebabkan tiada pilihan, saya terpaksa berbuat demikian,” ujarnya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa buah kampung seperti Kampung Tersang, Kampung Lanchang, Gual To’Deh dan kawasan sekitar sudah ditenggelami air.

Sementara itu bacaan paras air Sungai Golok hari ini melepasi paras amaran iaitu 8.84 meter walaupun tren semakin menurun.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya