2,000 pemain golf amatur bakal rebut tiket final WAGC - Utusan Malaysia

2,000 pemain golf amatur bakal rebut tiket final WAGC

Golf amatur
PARA penaja Siri Golf Amatur Kebangsaan Perodua (PNAGS) bergambar bersama pada majlis pelancarannya di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kira-kira 2,000 pemain golf tempatan bakal merebut tiket mewakili Malaysia bagi Kejohanan Pemain Golf Amatur Dunia (WAGC) 2023 di Phuket, Thailand pada 4 November depan.

Kesemua pemain itu dijangka berentap pada Siri Golf Amatur Kebangsaan Perodua (PNAGS) kali ketiga di seluruh negara bermula hari ini.

Presiden WAGC, Isaac Saminathan berkata, lima pemain golf amatur terbaik akan dipilih menerusi pusingan akhir siri itu di Langkawi pada 22 Oktober ini.

“PNAGS yang meliputi 14 siri kejohanan itu memberi peluang kepada peserta untuk bersaing ke peringkat lebih tinggi.

“Kejohanan itu terbuka kepada lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas untuk dipilih mewakili negara di final WAGC Phuket nanti,” katanya pada sidang akhbar di Kota Permai Golf Resort & Country Club, Kota Kemuning, hari ini.

Terdahulu, Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah berkenan merasmikan kejohanan itu dengan turut dihadiri Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin.

WAGC 2023 bakal menghimpunkan seramai 400 pemain golf amatur dari 40 negara meliputi lima kategori mengikut handicap masing-masing.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur PNAGS, Lokman Ishak berkata, pihaknya menyasarkan penyertaan lebih 100 pemain bagi setiap siri kejohanan tersebut.

“Jumlah itu dijangka meningkat berbanding 1,000 peserta pada penganjuran tahun lalu.

“Seramai 70 pemain akan berentap pada pusingan akhir di Langkawi sebelum lima daripada mereka dipilih ke WAGC,” katanya. 

Untuk rekod, edisi WAGC tahun lalu dimenangi Malaysia yang berjaya mengatasi Thailand manakala kategori utama final negara dimenangi Mohd. Firdaus Ahmad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya