Ustaz Wadi Annuar sumbang RM200,000 bantu mangsa banjir di Tumpat

Ustaz Wadi Annuar sumbang RM200,000 bantu mangsa banjir di Tumpat

WADI Annuar (tengah) bersama ahli Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda dan KRT Kajang Sebidang/Teluk Jering, pada program pasca banjir di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pendakwa terkenal Mohamad Wadi Annuar Ayub atau Ustaz Wadi melalui Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda yang dipimpinnya menyerahkan sumbangan berupa  barangan keperluan kekal bernilai RM200,000 kepada penduduk yang terjejas dengan banjir pada Disember lalu.

Bantuan itu melibatkan 541 keluarga dari beberapa buah kampung di sekitar Pengkalan Kubor iaitu Kampung Kajang Sebidang, Teluk Jering, Kampung Dalam Kota dan Kampung Palas Merah.

Ustaz Wadi Annuar berkata, bantuan yang diagihkan  ini merupakan kali pertama di sumbangkan pihaknya kepada penduduk Kelantan sejak ia tubuhkan setahun lalu.

Menurutnya, kesemua bantuan yang diagihkan kepada penerima ini adalah hasil sumbangan orang ramai menerusi Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda.

“Mereka yang layak menerima berdasarkan data yang diberikan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kajang Sebidang/Teluk Jering.

“Kita prihatin dengan nasib mereka yang kebanyakan sebelum ini hanya menerima bantuan makanan sahaja. Dengan sumbangan tilam dan dapur dapat meringankan beban,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan pasca banjir di sini hari ini.

Ustaz Wadi Annuar memberitahu, pemilihan Kelantan dibuat memandangkan ramai penduduk yang terkesan dengan banjir berbanding dengan negeri lain.

Katanya, sumbangan yang sama akan diberikan kepada mangsa banjir di negeri lain bergantung kepada dana yang diperolehi selepas ini.

“Untuk makluman, sebelum ini bantuan yang sama pernah diberikan oleh Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda di Selangor dan Pahang,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.