UMNO perlu waspada kerjasama dengan DAP - Pas

UMNO perlu waspada kerjasama dengan DAP – Pas

MOHD Amar Nik Abdullah (kiri) menyampaikan replika kunci rumah kepada penerima pada Majlis Penyampaian Cek Sumbangan kepada Masjid Al-Alaq dan Perasmian Rumah Dhuafa' di Kampung Pak Kemek, Panji, Kelantan.-UTUSAN/ ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas mengingatkan UMNO supaya berwaspada dan lebih berhati-hati dengan tidak mengulangi kesilapan parti itu yang pernah menjalinkan kerjasama dengan DAP sebelum ini.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, parti tersebut seharusnya mengambil iktibar dan belajar daripada pengalaman yang telah dilalui oleh Pas menerusi kerjasama itu.

“Kita nak ingatkan UMNO kerana Pas sudah ada pengalaman dengan DAP sebelum ini, belajar daripada pengalaman kita supaya tidak terkena.

“Sebelum ini kita tidak ada pengalaman dan selepas berkawan baru ada pengalaman. Jadi, harap UMNO tidak ulangi kesilapan kita (Pas),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Sumbangan kepada Masjid Al-Alaq dan Perasmian Rumah Dhuafa’ di Kampung Pak Kemek, Panji di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai ‘kemungkinan’ UMNO akan menjemput DAP menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU), Mohd. Amar memberitahu, UMNO berhak untuk menjemput sesiapa sahaja untuk menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Kita (Pas) nak kata apa, itu hak dia (UMNO) untuk menjemput sesiapa sahaja menghadiri PAU,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan UMNO tidak berhasrat untuk menjemput pimpinan tertinggi parti-parti yang terdapat dalam kerajaan bagi menghadiri perhimpunan agung parti itu.

Sebaliknya, Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan parti itu mungkin akan hanya menghantar jemputan kepada setiausaha agung setiap parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya