Selangor FC ceburi e-sukan - Utusan Malaysia

Selangor FC ceburi e-sukan

Selangor FC e-sport
TENGKU Amir Shah (lima, kiri) bersama pemain serta pengurusan pasukan Yodoo Red Giants dekat pusat latihan Selangor FC, di Shah Alam, Selangor semalam. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pasukan Selangor FC mengambil langkah sulung menceburi sukan maya, e-sukan dengan julung kalinya menyertai Liga Profesional Mobile Legends (MPL) 2023.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Selangor FC, Simon Lim berkata, keputusan mewujudkan pasukan Yoodo Red Giants bertujuan menarik ramai peminat pasukan bolasepak Selangor FC menyokong lebih banyak aktiviti yang dijalankan pasukan berkenaan.

“Terdapat beberapa buah pasukan bolasepak profesional luar negara seperti Buriram FC (Thailand) dan beberapa pasukan lagi. 

“Kami tidak mahu terlalu terikat dengan aktiviti bolasepak sahaja kerana begitu banyak permainan dalam sukan e-sukan yang boleh diterokai,” katanya ditemui selepas majlis pengenalan pasukan Yoodo Red Giants di pusat latihan Selangor FC, semalam.

Turut hadir dalam pengenalan tersbeut adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Selangor FC.

Dalam pada itu, Simon berkata, pengurusan Selangor FC akan memperuntukkan sekitar RM400,000 pada tahun ini bagi menguruskan pasukan Yoodo Red Giants, yang diwakili enam pemain dan seorang pengurus pasukan.

“Walaupun ini hanya sukan e-sukan, kami akan memberi latihan fizikal serta menyediakan makanan bernutrisi kepada pemain kerana kami mahu mereka menjalani kehidupan yang sihat.

“Untuk sasaran dalam MPL, sasaran untuk Yoodo Red Giants adalah cuma elak daripada tersingkir daripada liga tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya