Rohingya aktif ceroboh negara

Rohingya aktif ceroboh negara

PENDUDUK Acheh melihat bot yang membawa pelarian Rohingya yang terdampar di pantai wilayah itu, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapal-kapal sindiket yang membawa pela­rian Rohingya dipercayai menjadikan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand sebagai ‘transit’ sebelum mereka masuk ke Malaysia.

Sindiket didalangi etnik itu sendiri yang berpangkalan di Bangladesh dan Indonesia dipercayai membawa 10 sehingga 30 pelarian dalam satu-satu masa menaiki ‘kapal kotak’ mirip kapal nelayan menangkap ikan.

Pelarian yang ‘terdesak’ untuk masuk ke Malaysia dikenakan bayaran antara RM10,000 sehingga 12,000 setiap orang.

Mendedahkan senario ini kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, hujung tahun lalu sehingga Mac ini waktu yang dipercayai diambil kesempatan pelarian menceroboh Malaysia.

Ini kerana, sindiket berpendapat kawalan di perairan dikurangkan susulan laut bergelora selain dalam tempoh suku tahun pertama ini pelarian berpendapat ramai penguat kuasa negara ini ‘cuti’ kerana banyak perayaan dalam tempoh itu.

Menurut beliau, kebanyakan pelarian berkenaan memilih untuk memasuki Malaysia berikutan keadaan ekonomi dan kebebasan bergerak setibanya mereka di negara ini.

“Ditambah pula, ramai etnik berkenaan yang berada di Malaysia boleh membantu menguruskan kemasukan mereka dan tidak mustahil mereka akan bersaing dengan warga tempatan sendiri untuk mencari pendapatan termasuk melakukan perniagaan,” kata sumber.

Mengulas lanjut, kata sumber, sindiket membawa masuk pelarian Rohingnya tidak mudah ditumpaskan kerana mereka akan mengubah-ubah cara membawa pelarian masuk.

“Orang tempatan yang gelap mata akan dipergunakan sindiket. Apabila ditahan mereka yang akan masuk penjara dan dikenakan tindakan di bawah Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA),”jelasnya.

Ujar sumber itu, kerajaan seharusnya menetapkan satu garis panduan yang tetap dan tegas bagi menguruskan pelarian yang berada di negara ini agar isu lambakan etnik ini dapat dikurangkan.

“Dicadangkan, perlu ada lo­kasi tertentu menempatkan pelarian ini sebelum mereka dihantar ke penempatan lain di negara ketiga agar tiada mana-mana individu yang ‘cuba-cuba’ mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN