PRN: Pengundi Melayu dijangka buat pusingan U

PRN: Pengundi Melayu dijangka buat pusingan U

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Faktor ‘pusi­ngan U’ orang Melayu yang beralih daripada menyokong UMNO dijangka menjadi pe­nyumbang kemenangan Perikatan Nasional (PN) di beberapa negeri pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sokongan itu berikutan tindakan UMNO yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), yang mana seterunya DAP turut berada dalam gabungan tersebut.

Katanya, tindakan tersebut dilihat seolah-olah seperti menggadai maruah perjuangan bangsa itu sendiri, mendorong ramai yang dijangka berpaling tadah dan meletakkan kepercayaan kepada PN.

“Ia jelas terbukti dalam keputusan pilihan raya umum lalu yang mana sokongan orang Melayu mulai padu kepada PN, tetapi apabila UMNO duduk bersekali dalam kerajaan PH, ia menimbulkan kemarahan orang Melayu dan ramai yang ingin buat pusingan U kali ini.

“Kalau kita lihat, kerusi luar bandar yang sebelum ini merupakan kubu kuat UMNO pun kita sudah mampu menangi pada PRU15. Saya yakin momentum tersebut berterusan sehingga ke PRN akan datang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengesyorkan enam negeri yang dijadualkan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun hadapan, mengadakannya secara serentak.

Enam negeri itu adalah Kedah, Kelantan, Terengganu, Se­langor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata langkah itu akan memudahkan SPR dalam membuat koordinasi bagi memudahkan parti politik yang bertanding, serta pengundi menjalankan tanggungjawab.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, usaha perlu dipergiat untuk menepis dakyah PH yang sebelum ini menakut-nakutkan penyokong bukan Melayu de­ngan tidak menjadikan PN sebagai pilihan.

“Persepsi yang PH dah buat terhadap kepimpinan Pas nampak berkesan dalam PRU lalu menyebabkan sokongan bukan Melayu hampir tidak langsung kepada PN. Yang mengatakan kalau PN menang, kita akan memerintah cara Taliban. Dakyah PH telah berjaya menakutkan pengundi Cina padahal apa yang berlaku di Terengganu dan Kelantan tidak pun seperti itu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadh­li Shaari berkata, gelombang PN akan terus dirasai pada PRN nanti, malah menunjukkan kesan positif apabila pertambahan jumlah kerusi dijangka me­ningkat di tiga negeri di bawah pimpinan PH. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×