Pertunjukan bunga api meriahkan sambutan tahun baharu - Utusan Malaysia

Pertunjukan bunga api meriahkan sambutan tahun baharu

PENGUNJUNG hotel Lexis Hibiscus Port Dickson teruja dengan pertunjukan bunga api sempena sambutan ambang tahun baharu 2023 yang diadakan oleh Kumpulan Hotel Lexis di hotel berkenaan, malam semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kira-kira 1,000 pengunjung hotel Lexis Hibiscus Port Dickson di sini diraikan dalam sambutan ambang tahun baharu 2023 yang dianjurkan pihak Kumpulan Hotel Lexis malam tadi. 

Presiden Kumpulan Hotel Lexis, Mandy Chew Siok Cheng berkata, sambutan meriah itu selepas dua tahun ia tidak diadakan ekoran negara berhadapan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

“Selama dua tahun pihak kami tidak menganjurkan  sebarang sambutan tahun baharu. Pada tahun ini kami mengadakan sambutan yang paling meriah menjelang malam tahun baharu 2023. 

“Kami menampilkan kelainan dengan menyediakan makan malam di sekitar pantai, selain itu, kami juga turut mengadakan permainan, persembahan muzik dan tentunya pertunjukkan bunga api,” katanya.

Menurut Mandy, pengunjung bertuah juga turut membawa pulang pelbagai hadiah termasuk baucar penginapan yang disediakan bagi menghargai mereka.

Sementara itu, seorang pengunjung hotel yang ditemui, Zairah Mahmood, 60, dari Keramat, Kuala Lumpur yang baharu pertama kali datang menginap di hotel berkenaan mengakui seronok dan teruja dengan pelbagai acara yang diadakan itu.

“Saya datang bersama keluarga, memang seronok dengan sambutan ambang tahun baharu kali ini. Jika ada peluang, saya pasti akan ke sini semula,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.