ARAU: Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerai, Datuk Norma Awang disaran menarik balik kenyataan kononnya golongan berusia 18 tahun (Undi18) tidak matang dalam mengundi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, hanya disebabkan Undi18 tidak memihak kepada UMNO tidak bermaksud bahawa golongan tersebut tidak matang sebaliknya lebih bijak membuat keputusan. Katanya, keputusan membenarkan pengundi golongan 18 tahun ke atas mengundi dalam pilihan raya telah diputuskan di…










