Perwakilan berbelah bahagi pemilihan parti

PAU 2022: Perwakilan berbelah bahagi pemilihan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rata-rata perwakilan UMNO berbelah bahagi sama ada mahu dua jawatan tertinggi parti itu Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan atau sebaliknya. 

Hal ini kerana ahli-ahli UMNO khususnya perwakilan Pemuda dan Puteri mahu parti itu mahukan adanya nafas baharu dalam parti itu. 

Bagaimanapun, ada pihak khususnya pimpinan lama dikekalkan sekali gus wujud dua pandangan berbeza berhubung ketetapan parti itu. 

Seorang perwakilan Puteri yang enggan dikenali berkata, pemilihan perlu diadakan segera dalam usaha memantapkan kembali UMNO dalam menghadapi landskap politik yang berubah. 

“Politik sekarang sudah berubah, jadi perlukan pemilihan segera supaya akar umbi dapat memilih dan yakin terhadap kepimpinan mereka, tak kira siapa pun yang terpilih nanti,’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia (WTC) selepas ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini. 

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Sungai Besar, Datuk Mohd. Imran Tamrin berkata, semua jawatan terutamanya di peringkat tertinggi perlu dibuka untuk pertandingan.

Katanya, ini kerana tiada mana-mana pihak boleh menyekat perkara itu bersandarkan kepada semangat demokrasi.

“Tetapi sebagai pemimpin berjiwa besar khususnya diperingkat akar umbi, Bahagian, Negeri dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mesti bersedia untuk berkompromi secara sepakat atau konsensus tidak menamakan siapa-siapa selain daripada Presiden dan Timbalan Presiden sekarang untuk bertanding di peringkat dua jawatan itu.

“Kita buka untuk ia dipertandingkan, tetapi semua kepimpinan ambil ketetapan dalam konteks dan landskap politik semasa yang kita ada pesaing politik yang menunggu untuk mencuri dan mengambil kepimpinan kita di luar sana, jadi lebih baik buat keputusan demi kepentingan dan kelangsungan parti,” katanya. 

Dalam pada itu, perwakilan Pulau Pinang, Datuk Roslan Saidin berkata, semua pihak perlu memberikan ruang dan peluang kepada Presiden dan Timbalan Presiden untuk menjalankan mandat sebaik mungkin dalam barisan Jemaah Menteri. 

“Presiden dan Timbalan Presiden parti sudah ada dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, jadi apa kata beri peluang pada mereka untuk buktikan bahawa mandat dan tanggungjawab mereka itu dilakukan dengan sebaik mungkin. 

“Tak perlu ada pertandingan di peringkat mereka, kerana (kalau) ada sudah tentu berpecah belah sedangkan kita tahu kedudukan sekarang adalah untuk kuatkan parti,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.