OKU hilang: Ibu yakin anak masih di Kuala Pilah - Utusan Malaysia

OKU hilang: Ibu yakin anak masih di Kuala Pilah

AZIZAH Hussain menunjukkan gambar anaknya, Rabaah Laily yang hilang ketika ditemui pemberita di rumahnya di Juasseh, Kuala Pilah hari ini. -UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Ibu kepada wanita orang kurang upaya (OKU) yang hilang di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini, Khamis lalu yakin anaknya itu masih lagi berada di daerah ini.

Azizah Husain, 56, berkata, dia kini ia kini berasa bimbang dengan keadaan anak tunggalnya itu, Rabaah Laily, 34, yang hampir seminggu masih belum dijumpai.

“Sebelum ini kalau dia hilang pun memang dapat cari balik, tidak jauh pun dari rumah, dua kilometer dah jumpa. Kini sudah agak lama dan pelbagai usaha telah dibuat.

“Saya harap sangat orang ramai yang ternampak anak saya dapat segera memaklumkan kepada polis atau menghantar anak saya pulang dengan segera. 

“Saya bimbang lebih-lebih lagi anak saya itu memang bergantung dengan ubat-ubatan kerana mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, kolestrol dan psikiatri,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Juasseh, di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan pihak polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita OKU pekak dan bisu serta lemah mental yang dilaporkan hilang di daerah ini sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, wanita yang dikenali sebagai Rabaah Laily, 34, itu, disedari hilang semasa dia dan ibunya berusia 56 tahun menunggu giliran untuk mengambil ubat di Bahagian Farmasi HTAN di sini.

Sementara itu, ujar Azizah lagi, anaknya itu kelihatan seperti normal namun sekiranya tidak makan ubat-ubatan, anaknya berkemungkinan akan menjadi agresif.

“Sejak kehilangannya, saya banyak menerima panggilan telefon dari individu tidak dikenali yang bertanyakan pelbagai soalan, namun sehingga kini anak saya masih belum ditemui.

“Saya sudah mencari di pekan Kuala Pilah, tanya pemandu bas, pergi beberapa pasar raya, namun tiada yang nampak anak saya.  

“Saya meminta bantuan orang ramai supaya menghubungi saya segera di nombor 011-2355 8801 sekiranya terlihat anak saya ataupun melaporkan ke balai polis berhampiran,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya