Meninggal dunia dalam sujud solat Maghrib

Meninggal dunia dalam sujud solat Maghrib

SAIDI Md. Nor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Saidi Md. Nor, 60, meninggal dunia ketika sujud pertama solat maghrib di sebuah masjid, di Jerteh, Terengganu, semalam.

Allahyarham, dikatakan rebah semasa sujud pada rakaat pertama.

Isteri arwah, Wan Zatusy Syamami Wan Abdullah, 42, berkata, semasa kejadian dia berada di dalam kereta yang di pakir dalam kawasan masjid sebelum dimaklumkan oleh anak rakannya mengatakan suami telah rebah secara tiba-tiba.

“Saya terus bergegas dan naik ke atas masjid untuk melihat keadaans suami. Sebaik sahaja tiba di dalam masjid, saya mendapati seorang doktor yang kebetulan berada di situ sedang memberi bantuan pernafasan sebelum dibawa ke Hospital Jerteh (HJ) Terengganu.

“Sebaik tiba di HJ, doktor mengesahkan suami saya sudah meninggal dunia. Bagaimanapun, saya percaya suami meninggal dunia semasa berada di dalam masjid,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumah anaknya di Kampung Kubang Siput, di sini, hari ini.

Wan Zatusy Syamami memberitahu, arwah suaminya sebelum ini menghidap jantung, darah tinggi dan kencing manis tetapi keadaannya stabil selepas mendapat rawatan.

Katanya, sebelum kejadian dia dan dua lagi rakan arwah dalam perjalanan dari kolam air panas di Jerteh ke Kota Bharu.

“Arwah mengajak saya pergi ke kolam air panas kerana ketika itu dia mengalami sakit badan dan selsema. Tetapi sebaik sahaja tiba di kolam air panas, bagaimanapun arwah suami tidak mandi. 

“Namun arwah hanya menunggu saya mandi. Kami bertolak pulang ke Kota Bharu pada pukul 4.30 selepas dua jam berada di kolam air panas itu,” ujarnya.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kale Petah, Selor, Kampung Kubang Siput, kira-kira pukul 7 pagi ini tadi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya