Karamjit guna 'Raja Jalan' Myvi

Karamjit guna ‘Raja Jalan’ Myvi

KARAMJIT SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba rali negara, Karamjit Singh sekali lagi pertaruh keyakinan tinggi terhadap jentera tempatan untuk musim baharu Kejuaraan Rali MNRC 2023 apabila memutuskan untuk menggunakan kereta Perodua Myvi.

Sebelum ini, Karamjit dan pembantunya, Jagdev Singh amat serasi mengendalikan Proton ketika beraksi di Kejohanan Ralli Dunia.

Karamjit yang turut digelar “The Flying Sikh” pada asalnya berat untuk menukar jentera memandangkan Proton Gen 2 yang digunakan ketika Kejuaraan Rali MNRC 2022 sudah pun berusia 15 tahun.

“Saya sebenarnya peminat Proton dari 1988 dan sehingga sekarang memang saya memandu Proton tetapi sayangnya kami tidak menerima sokongan daripada Proton. Saya daripada tahun 2017, membeli dan membelanjakan lebih RM500,000 wang sendiri (untuk mengubah suai Gen 2) sehingga terpaksa keluarkan semua duit persaraan.

“Memang nak cari penaja untuk membuat kereta baharu, bos saya pun kata ‘kenapa tidak lupakan Proton’. Lagipun kereta rali (pada waktu ini) memang menggunakan kereta kecil seperti saiz Myvi kerana senang serta kurang berat untuk dipandu.

“Jadi saya kita cuba, mana tahu Perodua akan memberikan sokongan kepada kita dan sebab itulah kita nak tukar kepada Perodua. Walaupun begitu, saya sebenarnya ‘sayang’ nak tukar kerana saya peminat Proton, tetapi apa boleh buat dan terpaksa tukar jenama,” jelas Karamjit.

Pelumba yang berusia 60 tahun masih bersama pasukan Cisco Racing biarpun menjelaskan terdapat beberapa tawaran daripada pasukan di Indonesia, bagaimanapun dia masih dalam pertimbangan.

“Kami ada perancangan yang bagus… mahu menyertai perlumbaan di Indonesia – 10 rali di Indonesia dan empat di Malaysia. Selain itu, kami berharap dapat menyertai beberapa pusingan di Asia Pasifik.

“Saya sertai empat pusingan di Indonesia tahun lalu dan mereka ada meminta saya untuk kembali bersaing kerana mereka mahu belajar daripada saya selain menjadikan saya sebagai tanda aras kepada anak muda di sana,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×