Istiqamah jual pisang goreng tiga ketul RM1

Istiqamah jual pisang goreng tiga ketul RM1

ROBIAH Yaacob (kanan) melayan pelanggan membeli pisang goreng di Jalan Tanjung Minyak Perdana, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kenaikan harga pelbagai jenis barangan asas menyebabkan ramai peniaga pisang goreng bertindak menaikkan harga antara 50 sen hingga RM1.

Jika dahulu juadah berkenaan rata-ratanya dijual RM2 untuk lima ketul, namun kini, majoriti peniaga di negeri ini menaikkan harganya kepada RM3 bagi kuantiti sama.

Namun, seorang peniaga di tepi Jalan Tanjung Minyak Perdana dekat sini menjadi tumpuan ramai pelanggan, apabila masih menjual pisang goreng pada harga paling murah iaitu RM1 untuk tiga ketul.

Pemilik gerai, Robiah Yaacob, 60, berkata, buat masa ini dia cukup selesa menjualnya pada harga itu dan langsung tidak berhasrat mengikut jejak langkah peniaga lain menaikkan harga menu berkenaan sehingga membebankan pengguna.

“Bukan pisang goreng sahaja, malah, tempe goreng termasuk keladi dan keledek juga saya jual pada harga RM1 untuk tiga ketul. Sebenarnya, saya tidak sampai hati hendak jual pada harga RM3 bagi lima ketul, walaupun untung sikit itu sudah memadai.

“Memang untung saya tidak banyak mana, tetapi, setelah ditolak kos dan gaji tiga pekerja, alhamdulillah, ada juga upah penat lelah saya dan suami,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tambah Robiah, harga setandan pisang nipah mengalami kenaikan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM3.50 sekilogram.

Jelasnya, bagaimanapun perkara itu tidak melunturkan semangatnya untuk berniaga yang mana pada setiap hari, antara lima hingga lapan tandan pisang habis dijual dalam masa hanya tiga jam beroperasi. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya