Hishammuddin boleh buat rayuan, bertanding pemilihan - Nur Jazlan - Utusan Malaysia

Hishammuddin boleh buat rayuan, bertanding pemilihan – Nur Jazlan

Nur Jazlan Mohamed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemimpin dan ahli UMNO yang dikenakan tindakan penggantungan termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein boleh membuat rayuan kepada Lembaga Disiplin parti sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, langkah itu boleh dilakukan sekiranya mereka berasa keputusan itu tidak adil.

“Dia (Hishammuddin) boleh buat rayuan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO supaya hujah kedua-dua pihak dipertimbangkan sekiranya berasa tidak mendapat pembelaan. Lebih baik juga sekiranya hasil dan dapatan proses rayuan itu didedahkan kepada umum agar semua pihak tahu apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Sekiranya rayuan berjaya, mereka yang dikenakan penggantungan itu juga boleh mencalonkan diri untuk bertanding dalam pemilihan parti yang akan diadakan beberapa bulan akan datang, katanya.

Nur Jazlan yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri turut memberitahu, bagi pemimpin yang telah dipecat, mereka boleh melakukan apa yang dirasakan terbaik.

“Mereka yang sudah dipecat ini juga sudah umumkan tidak akan buat rayuan. Jadi, terpulanglah kepada mereka,” katanya.

Jumaat lalu, UMNO memecat  bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, manakala Hishammuddin, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd. Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan digantung keahlian parti selama enam tahun.

Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad pula digugurkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan digantikan dengan  Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya