KANGAR: Pengusaha-pengusaha tempatan mula menerima kesan apabila permintaan ketum daripada penyeludup Thailand merosot sehingga harga daun itu merudum dari RM180 sekilogram kepada hanya RM7 sekilogram ketika ini. Kejatuhan harga ketum sekitar 95 peratus kerana permintaan merosot susulan polisi Thailand menghalalkan ketum dengan rakyatnya kini bebas menanam pokok itu. Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan harga ketum di Thailand pernah mencecah RM180 sekilogram khususnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali gus…










