Dilantik Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan, Arul Kumar lepas jawatan Exco NS - Utusan Malaysia

Dilantik Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan, Arul Kumar lepas jawatan Exco NS

J. ARUL KUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J. Arul Kumar dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bermula esok. 

Siew Fook menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan Arul Kumar telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan majlis mengangkat sumpah pelantikan berkenaan akan diadakan pagi esok di Pejabat Perdana Menteri.

Menurut Ahli Parlimen Seremban itu lagi, berikutan pelantikan berkenaan, Arul Kumar juga telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan Dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan berkuat kuasa hari ini.

“Arul Kumar merupakan ADUN Nilai sejak bulan Mei 2013, beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan sejak tahun 2018. 

“Untuk memegang jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan, beliau telah melepaskan jawatan sebagai Ahli Exco Negeri Sembilan berkuat kuasa pada hari ini,” katanya.

Menurut Siew Fook, kekosongan jawatan ditinggalkan oleh Arul Kumar itu akan diisi selepas perbincangan lanjut dengan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya