Axelsen gesa BWF beri pemain profesional kuasa mutlak

Axelsen gesa BWF beri pemain profesional kuasa mutlak

Victor Axelsen menggesa agar perubahan membabitkan kebajikan pemain dapat dilaksanakan bagi memastikan standard sukan badminton menjadi lebih gah di peringkat antarabangsa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki No. 1 Dunia, Victor Axelsen menggesa agar perubahan membabitkan kebajikan pemain dapat dilaksanakan bagi memastikan standard sukan badminton menjadi lebih gah di peringkat antarabangsa.

Ketika ini, persatuan negara memegang kuasa penuh dalam menentukan kebanyakkan keputusan membabitkan hala tuju pemain termasuk barisan pemain profesional walaupun mereka tidak lagi terikat dengan badan induk masing-masing.

Terbaru kes membabitkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tersilap mendaftar penyertaan beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi ke Kejohanan Indonesia Masters 24 Januari depan sekaligus memberi kerugian buat pasangan negara untuk memperbaiki kedudukan ranking mereka.

BAM menjelaskan ia merupakan kesilapan teknikal daripada pihaknya dan sudah pun membuat pertemuan dengan Ee Yi-Yew Sin untuk menyatakan kekesalan badan induk itu.

Ia adalah antara salah satu kes ketidakadilan yang menimpa kebanyakkan atlet badminton dunia, justeru Axelsen berharap para pemain, khususnya yang bergerak sebagai profesional dapat diberikan kuasa untuk mengatur karier mereka dengan lebih baik.

Jaguh Olimpik itu dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Malaysia yang dimenanginya tahun lalu.

“Saya rasa ia (menjadi pemain profesional) adalah perkembangan yang baik untuk sukan ini, kerana kami selalu membandingkan sukan ini dengan tenis, ada sesetengah kami sedang cuba untuk menubuhkan pasukan kami sendiri untuk lihat sejauh mana kami boleh bergerak.

“Saya tidak mengatakan persatuan negara masing masing tidak melakukan tugas dengan bagus tetapi saya merasakan mereka patut mengambil kira pelbagai faktor apabila pemain mahu melakukan perkara lain di luar sana untuk kebaikan diri mereka.

“Ketika ini, semuanya perlu melalui persatuan negara masing masing, termasuk hadiah wang kemenangan, pendaftaran kejohanan, semuanya, dan pasti situasi akan menjadi lebih baik jika ada penambah baikan tentang perkara itu,” jelas

Axelsen pernah dilarang Kesatuan Badminton Denmark (DBF) pada 2018 untuk berlatih di pusat latihan kebangsaan kerana konflik membabitkan perbezaan penaja, kemudian dia mengambil keputusan untuk berpindah ke Dubai dan menubuhkan pusat latihannya sendiri di Kompleks Sukan Nad Al Sheba.

Jaguh Olimpik itu sedang dalam pemburuan untuk menjadi pemain Eropah pertama berjaya mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki Terbuka Malaysia tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya