ASF: Lapor segera sekiranya ada penemuan babi mati di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

ASF: Lapor segera sekiranya ada penemuan babi mati di Negeri Sembilan

PEGAWAI Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan menaburkan kapur untuk tujuan sanitasi di lokasi kejadian penemuan seekor babi hutan dewasa yang mati di Ladang Sengkang, Pasir Panjang Port Dickson (gambar kiri) dan proses mengambil sampel tulang haiwan berkenaan bagi tujuan ujian makmal (gambar kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Orang awam dinasihatkan untuk melaporkan segera kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar sekiranya terdapat penemuan atau kejadian kematian pada babi hutan dan ternakan babi komersial.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Dr. Kamarulrizal Mat Isa berkata, ia susulan terdapat satu kes positif penyakit Demam Babi Afrika (ASF) yang dikesan dari kematian seekor babi hutan jantan dewasa di Ladang Sengkang, Pasir Panjang, Port Dickson, 3 Januari lalu.

“Semasa siasatan, didapati bangkai babi tersebut telahpun mereput dan sampel tulang telah diambil untuk ujian lanjut. Keputusan ujian makmal secara real time PCR menunjukkan ia positif untuk penyakit ASF.

“Susulan itu, sebagai langkah kawalan dan pencegahan penyakit ASF, surat pemakluman tentang kejadian penyakit ASF pada babi hutan ini telah dikeluarkan kepada semua pejabat perkhidmatan veterinar daerah dan negeri. 

“Surat pemakluman turut dipanjangkan kepada penduduk tempatan melalui ketua kampung, persatuan, pemburu babi hutan, penternak babi komersial serta agensi yang berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Larangan memburu babi hutan turut dikeluarkan oleh pihak Perhilitan,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Sementara itu, menurut Kamarulrizal, setakat ini, jangkitan penyakit ASF di negeri ini adalah terkawal dan tiada lagi laporan kematian pada babi hutan mahupun ternakan babi komersial serta tiada kejadian kes ASF.

Sebelum ini, turut dilaporkan pengesanan penyakit ASF pada seekor seekor babi hutan yang mati di Kampung Parit, Kuala Pilah pada 28 Oktober tahun lalu.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya