Anwar solat Jumaat di Masjid Kariah Sikamat - Utusan Malaysia

Anwar solat Jumaat di Masjid Kariah Sikamat

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan para jemaah selepas bersolat Jumaat di Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd. Yusof, Sikamat, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd. Yusof, Sikamat di sini.

Perdana Menteri yang ditemani Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun, tiba di masjid tersebut kira-kira pukul 1.20 petang.

Kehadiran mereka disambut oleh pengerusi masjid berkenaan yang juga Imam, Ustaz Najib Nubhan Khairuddin dan ahli-ahli jawatan kuasa masjid yang lain.

Turut hadir, Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad dan Undang Luak Johol, Datuk Muhammad Abdullah.

Anwar kemudian bersama ribuan jemaah lain mendengar khutbah Jumaat bertajuk Kesyukuran Pemangkin Kemakmuran yang dibacakan oleh Najib Nubhan seterusnya menunaikan solat Jumaat yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Umar Sohaib Abu Hanifah.

Beliau kemudian mengambil peluang beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah sebelum beliau pulang ke ibu negara.

Sementara itu, Najib Nubhan berkata, beliau mewakili seluruh jemaah berbesar hati menerima kunjungan Perdana Menteri bagi menunaikan solat di masjid tersebut.

“Alhamdulillah kami berbesar hati menyambut pemimpin utama negara Perdana Menteri, diharapkan kehadiran beliau dapat memberikan kebaikkan kepada negeri ini, insya-Allah,” katanya.

ANWAR Ibrahim tidak ketinggalan menikmati kuih muih dan cendol ketika meluangkan masa di Kedai Cendol Songkok Tinggi Kampung Jiboi Baru, Ampangan, Seremban, hari ini.- UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Terdahulu, Perdana Menteri, turut meluangkan masa menikmati cendol popular, Cendol Songkok Tinggi Kampung Jiboi Baru, di sini.

Beliau tiba kira-kira pukul 12.35 tengah hari di warung cendol berkenaan dan meluangkan masa kira-kira 30 minit dengan menikmati menu pilihan di kedai tersebut iaitu laksa johor, jemput dan cendol.

Pengusaha kedai cendol tersebut, Ahmad Dani Daud, 42, berkata, beliau teruja apabila kedainya menerima kunjungan daripada Anwar yang merupakan Perdana Menteri pertama datang ke menikmati cendol di situ.

Ini adalah kunjungan pertama Anwar ke Negeri Sembilan sejak mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 pada 24 November tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya