Anggota polis maut kemalangan jatuh gaung

Anggota polis maut kemalangan jatuh gaung

YAHAYA AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan yang bertugas di cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik maut dalam kemalangan di Kampung Sungai Senam, semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, mangsa, Yahaya Ahmad, 40, yang beralamat di Kampung Pokok Jerai, Kampung Betong, Jeneri maut di tempat kejadian.

“Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Proton Iswara dari rumahnya di Kampung Panchor, Pokok Sena, menghala ke IPD Sik.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di bahu jalan sebelah kanan jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, akibat kemalangan tersebut, mangsa yang telah 14 tahun berkhidmat sebagai anggota polis mengalami pendarahan teruk di kepala.

Mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Daerah Sik untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pancor Pokok Sena, hari ini.

Mangsa meninggalkan seorang balu dan lima anak berusia antara sembilan bulan hingga 14 tahun dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya