2,757 mangsa banjir masih huni 31 PPS di Johor - Utusan Malaysia

2,757 mangsa banjir masih huni 31 PPS di Johor

KEADAAN rumah penduduk yang  masih digenangi banjir di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini tidak menunjukkan banyak perubahan apabila masih terdapat 2,757 mangsa daripada 774 keluarga ditempatkan di 31 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan, jumlah itu sedikit meningkat berbanding seramai 2,564 mangsa yang direkodkan pada pukul 8 malam tadi.

“Enam daerah kekal terjejas akibat banjir, iaitu Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Tangkak.

“Batu Pahat kini merupakan daerah paling terjejas dengan seramai 946 mangsa ditempatkan di lapan PPS, diikuti Mersing dengan 829 mangsa, Kota Tinggi (453), Kluang (422 ), Segamat (92) dan Tangkak (15),” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Jabatan Meteorologi Malaysia meletakkan beberapa daerah di negeri ini di bawah amaran hujan berterusan tahap buruk, iaitu Mersing dan Kota Tinggi, manakala Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru pada tahap waspada.

Hanya sebatang sungai di negeri ini masih diletakkan pada kategori bahaya, iaitu Sungai Endau di Mersing dan dua jalan masih ditutup sepenuhnya, iaitu Jalan Tanah Abang dan Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya