Uruguay fokus rampas slot kalah mati

Uruguay fokus rampas slot kalah mati

LUIS Suarez yang mencetuskan polemik 12 tahun lalu mengadakan sidang akhbar menjelang pertemuan menentang Ghana, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Jurulatih Uruguay, Diego Alonso enggan bercakap mengenai kemenangan kontroversi pasukannya ke atas Ghana dalam aksi suku akhir Piala Dunia 2010, menjelang pertembungan getir mencari tempat ke babak Piala Dunia seterusnya.

Semasa di Afrika Selatan 12 tahun lalu, Uruguay mara ke saingan separuh akhir selepas menyingkirkan Ghana menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam perlawanan tersebut, penyerang Uruguay, Luis Suarez sengaja menampan bola yang menuju ke gawang dengan tangannya di garisan gol tetapi sepakan penalti Asamoah Gyan gagal menerjah gawang lawan sehingga tamat perlawanan masa tambahan dan ditentukan menerusi penentuan penalti lagi.

Walaupun Suarez dikenakan kad merah, Uruguay tetap memenangi perlawanan itu dalam penentuan tersebut.

Kedua-dua pasukan kini memburu tempat menyertai Portugal dalam pusingan 16 terakhir bagi Kumpulan H, dengan Korea Selatan juga mengorak langkah yang sama.

“Ini adalah cerita yang berbeza untuk kami berdua. Kedua-dua pasukan akan datang ke perlawanan ini bagi mencari kelayakan. Jumaat akan menjadi penentu, namun aksi hari ini adalah cerita yang berbeza dengan apa yang berlaku pada 12 tahun lalu,” kata Alonso selepas Uruguay kalah 2-0 kepada Portugal, Isnin lalu.

Dalam masa sama, Ghana kini berada di kedudukan kedua terbaik untuk mara ke pusingan 16 terakhir setelah menewaskan Korea Selatan 3-2 sebelum ini.

Bagaimanapun, mereka masih perlu menang untuk menjamin tempat di peringkat kalah mati manakala dua pasukan lain, Uruguay dan Korea Selatan juga perlu menang bagi membolehkan mereka mempunyai peluang untuk kekal dalam kejohanan ini.

Untuk mara ke pusingan itu, Alonso akui, pasukannya perlu bermain lebih baik berbanding yang telah mereka lakukan setakat ini, apatah lagi dengan keputusan seri tanpa jaringan ketika bertemu Korea Selatan dan kekalahan 2-3 kepada Portugal.

“Pasukan perlu bertenang dan lebih memotivasikan diri mereka ketika bermain, seperti yang kami lakukan pada separuh masa kedua hari ini.

“Kami perlu ambil risiko untuk menjadi pasukan yang berani pada pusingan kelayakan dan separuh masa kedua hari ini,” kata Alonso.

Dalam masa sama, jurulatih Ghana, Otto Addo menegaskan bahawa dia menganggap perlawanan dengan Uruguay hari ini sebagai aksi biasa dan tidak akan membalas dendam, selepas meraikan kemenangan pasukannya menentang Korea Selatan.

“Saya seorang yang beriman jika anda tidak terlalu banyak membalas dendam untuk perkara seperti ini. Kadang kala anda akan mendapat lebih berkat,” katanya. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya