fbpx

Three Lions tidak sabar layan Perancis di suku akhir

Penjaga gol Senegal, Edouard Mendy hanya mampu melihat bola rembatan Jordan Henderson bergolek ke dalam gawang gol dalam babak perlawanan kalah mati di Stadium Al-Bayt, Doha, semalam. – AFP

DOHA: England bersedia ber­depan Perancis dalam saingan suku akhir selepas kedua-dua pasukan mengesahkan tempat selepas menewaskan lawan masing-masing dalam saingan 16 akhir, semalam.

Harry Kane antara pemain paling lama dalam skuad Three Lions berkata, kejayaan mereka menewaskan Senegal 3-0 wajar dipuji kerana perlawanan tersebut bukan mudah.

Malah, katanya, pertemuan menentang Perancis dijangka lebih sengit kerana lawan meru­pakan juara bertahan.

“Pusingan kalah mati bukan mudah. Kami bermain secara matang sepanjang saingan Piala Dunia kali ini. Mentaliti pemain pada tahap tinggi sejak da­ri awal sa­ingan bermula,” katanya yang dipi­sahkan satu gol de­ngan Wayne Rooney yang mencetak 53 jaringan untuk England.

Kane yang berusia 29 tahun merupakan pemain pa­ling senior dalam skuad Gareth Southgate dan malam semalam, tiga pemain muda England, Jude Bellingham, Phil Foden dan Bukayo Saka mengotakan janji mereka dengan meledak tiga gol untuk membaham Senegal.

“Kami mempunyai pemain muda yang hebat dalam pasukan dan kami merasakan mereka wajar diberikan peluang menonjolkan diri.

“Jude, Phil dan Bukayo melangkah di landasan yang betul dan perlawana semalam sangat bermakna buat mereka mengutip pengalaman. Mereka mencipta fenomena,” katanya.

Perancis dianggap lawan yang lebih mencabar berban­ding Senegal ketika England memburu gelaran pertama sejak menjua­rainya pada 1966. – AFP

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN