Switzerland tagih sentuhan Sommer

Switzerland tagih sentuhan Sommer

YANN Sommer menjadi harapan Switzerland untuk menentang Portugal hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Ketiadaan penjaga gol Switzerland, Yann Sommer ketika perlawanan terakhir peringkat Kumpulan G menentang Serbia mencetuskan perasaan cemas, bukan sahaja kepada kem pasukan kebangsaan, malah seluruh peminat Switzerland.

Sommer tidak diturunkan kerana menghidap penyakit yang tidak dinyatakan pihak pengurusan pasukan, dan digantikan Gregor Kobel untuk menjaga gawang Switzerland.

Switzerland jelas merasai kehilangan penjaga gol No. 1 mereka itu apabila nyaris berputih mata untuk layak ke pusingan 16 terbaik, sebelum menang 3-2.

Justeru kelibat penjaga gol berusia 33 tahun masih dapat dipastikan untuk perlawanan menentang Portugal hari ini, dan kemungkinan khidmat Kobel akan diturunkan semula adalah besar.

Sommer yang merakamkan rekod 30 aksi perlawanan tanpa bolos sepanjang 76 penampilannya bersama skuad kebangsaan pernah mengalami kecederaan pergelangan kaki sebelum terpilih untuk ke Piala Dunia Qatar.

Selain Sommer, tiada perubahan dilakukan pasukan kendalian Murat Yakin dengan Breel Embolo akan memacu serangan Switzerland sambil dibantu Xherdan Shaqiri dan Rubern Vargas.

“Kunci kejayaan mengatasi Portugal adalah menampilkan aksi luar biasa kerana seperti yang anda semua ketahui, kami hanyalah pasukan Switzerland, kami tidak mempunyai Cristiano Ronaldo “ jelas Shaqiri. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.