Senegal layu tanpa Mane

Senegal layu tanpa Mane

Pemain tengah England, Jordan Henderson (kiri) membuka jaringan pertama Three Lions menentang Senegal, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL KHOR: Kehilangan tonggak utama Senegal, Sadio Mane menjadi punca Lions of Teranga tidak dapat meneruskan langkah dalam Piala Dunia 2022 apabila tersingkir dalam aksi kalah mati kepada England 3-0.

Kekalahan tersebut menunjukkan betapa pentingnya Mane kepada Senegal dalam menge­tuai barisan hadapan untuk menjaringkan gol, apabila tiada pemain dapat menembus gawang The Three Lions.

Jurulatih Senegal, Aliou Cisse berkata, ketiadaan penyerang Bayern Munich itu adalah kehilangan besar buat pemain, tambahan apabila tidak dapat menjaringkan gol semasa menentang England.

“Saya sudah menegaskan sepanjang kejohanan ini bahawa ketiadaan Mane adalah tamparan hebat buat kami, perlawanan untuk kami menjadi lebih sukar apabila kami kehilangan pemain seperti beliau,” katanya selepas tamat perlawanan.

Senegal cuba melakukan pelbagai serangan, namun berjaya dipatahkan oleh penjaga gol England, Jordan Pickford lalu anak didik Gareth Southgate mara dengan jaringan pertama oleh Jordan Henderson dan disusuli oleh Harry Kane serta Bukayo Saka.

Cisse berkata, separuh masa pertama menyaksikan anak didik­nya bermain dengan baik walaupun gagal mencatat jaringan.

“Perlawanan berlangsung selama 90 minit dan pada separuh masa pertama kami bermain dengan amat baik dengan mencipta pelbagai peluang tetapi malangnya kami tidak dapat menjaringkan gol,” katanya.

Tambahnya, Senegal sudah bekerja keras untuk mencapai ke pusingan 16 akhir kejohanan tersebut, namun masih terdapat jurang daripada segi permainan dan kekuatan fizikal pihak lawan yang menjadi punca mereka kalah. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya