Senegal, England buat percaturan kalah mati

Senegal, England buat percaturan kalah mati

PENYERANG Senegal, Ismaila Sarr (tengah) melompat untuk mendapatkan bola selepas diasak dua pemain Ecuador dalam aksi Kumpulan A di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha, semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Senegal mengekori Belanda mara ke pusingan 16 akhir selepas membenam harapan Ecuador 2-1 dalam babak penutup Kumpulan A, kelmarin walaupun tanpa tonggak jentera serangan, Sadio Mane.

Senegal membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada lewat babak pertama menerusi Ismaila Sarr tetapi Ecuador bijak menggunakan peluang menyamakan kedudukan menerusi Moises Caicedo minit ke-67.

Kapten Senegal, Kalidou Koulibaly yang dipilih pemain terbaik perlawanan itu memastikan pasukannya tidak pulang kosong apabila menyumbat gol kemenangan untuk mengikat keputusan sehingga wisel penamat.

Jurulatih Lions of Teranga itu, Aliou Cisse berkata, pasukannya berjaya mengendurkan tekanan kerana perlawanan tersebut penting menentukan nasib Senegal dalam saingan Piala Dunia,” katanya.

Senegal akan berdepan England dalam saingan kalah mati Isnin ini.

Sementara itu, jurulatih Ecuador, Gustavo Alfaro menyalahkan persembahan pasukannya dalam babak pertama sebagai tidak menggambarkan kemampuan sebenar.

“Semasa rehat, saya beritahu mereka supaya bermain bermati-matian jika mahu menghidupkan peluang dalam saingan seterusnya. Namun, semua impian indah selama ini sudah berakhir apabila tersingkir,” katanya.

Dalam pada itu, Koulibaly yang mengesahkan kemenangan Senegal berkata, dia dan rakan sepasukan tidak pernah berputus asa untuk mara ke pusingan kedua Piala Dunia walaupun tanpa Mane.

“ Apabila berita mengenai Mane tersebar, saya rasa dua pertiga daripada penduduk dunia sudah dapat mengagak kami tidak mampu sampai ke peringkat kalah mati. Hanya rakyat Senegal dan warga Afrika sahaja yang yakin terhadap kemampuan kami,” kata pemain bek Chelsea itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya