Rekod tanpa kalah sandaran Maghribi

Rekod tanpa kalah sandaran Maghribi

PEMAIN Maghribi melakukan sujud syukur selepas menyingkirkan Sepanyol dalam saingan 16 akhir menerusi penentuan sepakan penalti. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Wakil tunggal Afrika, Maghribi yang masih bertarung dalam kempen Piala Dunia bakal memberi cabaran besar buat Portugal yang dibayangi kehebatan Cristiano Ronaldo.

Aksi cemerlang anak buah Walid Regragui sepanjang kejohanan, termasuk menyingkirkan bekas juara Piala Dunia 2010, Sepanyol tidak boleh dipandang remeh.

Barisan pertahanan Maghribi yang dibarisi Achraf Hakimi, Nayef Aguerd, Romain Saiss dan Noussair Mazraoui tidak akan membiarkan jentera serangan Fernando Santos mencetak gol.

Regragui berkata, The Atlas Lions sudah menunjukkan kepada dunia keupayaan negara dari Afrika.

“Saya cuma nak cakap, saya di sini bukan sebagai ahli politik, saya mewakili Maghribi dan sudah pasti itu keutamaan saya. Kami juga adalah sebuah negara dari Afrika sama seperti Senegal, Ghana, Cameroon dan Tunisia di mana kami nak kibarkan bendera Afrika dalam dunia bola sepak setinggi yang boleh.

“Selalunya pasukan dari Afrika dilabel pasukan bawahan, tidak sebagus negara lain tetapi dalam Piala Dunia kali ini, saya rasa Maghribi juga boleh bermain setanding dengan juara-juara dunia lain,” katanya. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya