Rais saran Jawatankuasa Khas Dewan Negara bincang segera isu

Rais saran Jawatankuasa Khas Dewan Negara bincang segera isu UEC

RAIS YATIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim menyarankan, Jawatankuasa Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan Dewan Negara yang dipengerusikan Senator Aknan Ehtook untuk mengadakan mesyuarat dan berbincang bagi meneliti isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dalam masa terdekat. 

Menurut Rais, langkah itu perlu diambil bagi meneliti segera isu UEC yang dibangkitkan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) baru-baru ini.

“Jawatan kuasa perlu meneliti segera secara mendalam dan membandingkan percanggahan antara cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pihak berkenaan dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang dahulu dikenali sebagai Akta Pelajaran 1961 yang diasaskan daripada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

“Isu ini amat perlu diperhalusi secepat mungkin memandangkan banyak kekeliruan berlaku kerana sekiranya isu ini terus dibangkitkan, adalah dibimbangi akan membawa kesan negatif kepada gerak kerja nasional pendidikan. Selain itu, kemungkinan akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat yang inginkan agar isu ini segera dituntaskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Terdahulu, Jawatankuasa Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan turut dianggotai Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff, Senator Rita Sarimah Anak Patrick Insol dan Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian. 

Jawatan kuasa berkenaan turut dianggotai Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya dan Senator Datuk R. Nelson.  –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN