Polis siasat kejadian hiasan dinding mengandungi ayat al-Quran dibuang - Utusan Malaysia

Polis siasat kejadian hiasan dinding mengandungi ayat al-Quran dibuang

KETUA Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah (kanan) menunjukkan longgokan perhiasan ayat suci al-Quran yang ditemui di kawasan tempat pembuangan sampah haram di Jalan P/AM 2 Kawasan Perindustrian Arab Malaysia, Nilai, Seremban, semalam.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu disyaki terlibat dalam kejadian penemuan longgokan perhiasan dinding yang mengandungi ayat suci al-Quran dekat Nilai di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden, Mat Ghani Lateh berkata, sehubungan itu kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang  maklumat berhubung penemuan longgokan tersebut boleh menyalurkannya kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mat Ghani dalam pada itu berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah menerima laporan daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 6.45 petang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis Cawangan Khas IPD Nilai bersama JHEAINS telah ke lokasi kejadian di Kawasan Perindustrian Arab Malaysian, Nilai.

“Ia kemudian telah menemukan longgokan perhiasan dinding yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran dalam bentuk berbingkai dan tidak berbingkai dibuang oleh individu yang masih belum dikenal pasti.

“Hasil perbincangan bersama bersama pihak JHEAINS dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), longgokan tersebut akan dikumpul dan dilupuskan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi mengikut hukum syarak,” katanya lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya