PM digesa tidak lindungi tauke ‘kawan’ PH-DAP

PM digesa tidak lindungi tauke ‘kawan’ PH-DAP

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak ‘pilih bulu’ dan melindungi tauke-tauke yang mesra Pakatan Harapan (PH) atau DAP.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan menasihati Perdana Menteri supaya tidak bertindak seperti pembangkang dan mula memberi keutamaan pada isu penting.  

“Saya setuju jangan ada monopoli, tetapi, letaklah keutamaan yang betul dan jangan lindungi tauke-tauke kawan-kawan PH-DAP daripada ‘teguran’. Jangan pilih bulu.

“Rakyat berdepan dengan isu kekurangan bekalan telur dan harganya melambung. Harga makanan menggunakan telur pun ikut naik. Contohnya laporan berita mengatakan harga roti canai telur naik dari RM2.50 ke RM3.20. Naik RM 0.70 sen. 

“Simen pula melonjak 30 peratus iaitu daripada RM17 bagi setiap beg 50kg, sekarang naik sehingga RM22.50. Jika simen naik harga, semua bahan binaan melibatkan simen akan turut naik. Padahal, simen adalah Barangan Kawalan Berjadual yang tak sepatutnya naik,” katanya menerusi muat naik dalam Facebook.

Baru-baru ini, Anwar mengeluarkan arahan untuk syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) memperuntukkan RM10 juta kepada pesawah miskin pada bulan ini dan RM50 juta tahun hadapan.

Bagaimanapun, tindakan itu mendatangkan rasa tidak puas hati beberapa pihak dan mendakwa Anwar cuba menjatuhkan ahli perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang tergolong dalam 16 individu terkaya dalam Malaysia.

Menurut Wan Saiful, perkara itu berlaku disebabkan monopoli dan permainan licik tauke-tauke kaya yang menguasai industri makanan dan pembinaan.

“Yang jadi mangsa ialah rakyat dan kontraktor terutama kontraktor kecil. Telur dan simen sepatutnya menjadi keutamaan perdana menteri namun beliau utamakan beras.

“Betul, harga beras penting tapi kenapa masih tak ada idea bagaimana nak selesaikan masalah harga telur dan simen yang lebih mendesak sekarang? Inilah bahana jika terlalu banyak wayang populis tapi sebenarnya tong kosong saja,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya