Perancis tunggu kejutan Maghribi

Perancis tunggu kejutan Maghribi

PEMAIN Perancis, (dari kiri), William Saliba, Eduardo Camavinga dan Antoine Griezmann menjalani latihan di Doha, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Selepas menewaskan England 2-1 pada suku akhir, Perancis menjadi pasukan pilihan utama untuk layak ke perlawanan akhir sekali pun lawan mereka, Maghribi sudah menyingkirkan Sepanyol dan Portugal pada pusingan kalah mati di Piala Dunia Qatar.

Justeru, pemain pertahanan Les Bleus, Raphael Varane mene­gaskan, penyandang juara itu tidak boleh memandang rendah kemampuan Maghribi dalam pertembungan awal pagi esok.

“Kami mempunyai cukup pengalaman dalam pasukan untuk tidak terpedaya dengan perangkap Maghribi,” kata Varane yang merupakan salah seorang pemain Perancis yang kekal daripada skuad juara Piala Dunia 2018.

Varane berkata, pasukannya sedar kehadiran Maghribi di separuh akhir Piala Dunia 2022 bukan secara kebetulan kerana mereka ada sasaran yang diinginkan.

“Terpulang kepada pemain berpengalaman kami untuk memastikan setiap orang bersedia bagi satu lagi pertarungan,” jelas Varane.

Perancis mencapai sasaran ditetapkan persekutuan bola sepak negara itu apabila layak ke separuh akhir tetapi pertahanan Manchester United, Varane berkata, pasukan itu kemaruk untuk menempah tempat ke final Ahad ini.

“Tidak mudah untuk layak ke separuh akhir Piala Dunia, jadi kami amat gembira, tetapi satu-satunya objektif sebenar adalah menjuarainya. Itulah matlamat yang sering diidamkan-idamkan bila sampai ke tahap ini,” katanya.

Rakan pertahanan Jules Kounde memuji Maghribi yang melakar sejarah pasukan Afrika pertama layak ke separuh akhir.

Anak buah Walid Regragui menyingkirkan Portugal 1-0 pada suku akhir selepas membenam Sepanyol pada pusingan 16 terakhir.

Mereka turut membenam Belgium dan seri dengan Croatia pada peringkat kumpulan dan hanya dibolosi satu gol, itu pun menerusi gol sendiri, dalam lima perlawanan mereka setakat ini.

“Mereka amat tersusun, dengan aturan pemain rapat antara satu sama lain dan tidak membiarkan pemain memegang bola terlalu lama.

“Mereka berlari amat pantas, jadi kami perlu bermain dengan beberapa sentuhan, menggerakkan bola dengan cepat dan cuba menyukarkan mereka dengan hantaran bola,” katanya yang juga pertahanan Barcelona.– Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.