Mayat lelaki warga emas ditemukan dalam semak

Mayat lelaki warga emas ditemukan dalam semak

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di kawasan semak di Kampung Jumbang, Seri Menanti, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam pada pukul 2.30 petang.

Menurutnya, berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.

“Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah berkaitan penemuan tersebut, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti identiti mayat.

“Bagaimanapun, kes ini dipercayai ada hubung kait dengan satu kes orang hilang melibatkan seorang lelaki berumur 67 tahun yang dilaporkan hilang sejak 22 November lepas di Kampung Sikai, Gunung Pasir, Seri Menanti,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Ujar Amran lagi, pihak keluarga lelaki itu akan dipanggil untuk membuat pengecaman mayat.

Media sebelum ini melaporkan, sebuah keluarga memohon bantuan orang ramai untuk mencari salah seorang ahli keluarga mereka, Abu Zahrin A. Hassan, 67, yang hilang selepas keluar dari rumah sejak 22 November lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya