Ketirisan integriti boleh 'runtuhkan' sistem perkhidmatan awam di Kelantan

Ketirisan integriti boleh ‘runtuhkan’ sistem perkhidmatan awam di Kelantan

SEBAHAGIAN penjawat awam membaca ikrar bebas rasuah pada Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan 2022 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ketirisan integriti akibat salah guna kuasa dalam budaya kerja boleh menyebabkan berlakunya ‘keruntuhan’ dalam sistem perkhidmatan awam di negeri ini selain bercanggah dengan undang-undang negara.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, seluruh penjawat awam baik peringkat negeri atau persekutuan perlu mengamalkan budaya kerja berintegriti bagi memastikan tanggungjawab yang digalas itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“Sebagai penjawat awam yang merupakan tulang belakang penyampaian perkhidmatan kerajaan, mereka perlu sedar bahawa rakyat pada hari ini mengharapkan khidmat yang cemerlang seterusnya menjamin kesejahteraan dan kebajikan mereka.

“Oleh itu, jika kita menilai integriti kerja sebahagian daripada ibadah maka kita akan sentiasa menekankan sifat kejujuran, nilai keikhlasan dan disiplin yang tinggi. Budaya integriti secara langsung akan wujud bilamana kita melaksanakan bidang tugas mengambil kira dosa pahala, halal dan haram serta haq dan batil,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd. Saripuddin Tuan Ismail pada Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan 2022 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, dalam suasana cabaran teknologi maklumat masa kini, pelbagai cabaran yang boleh menggugat nilai integriti khususnya dalam aspek ketirisan maklumat dan sebagainya. 

Katanya, penjawat awam perlu berhati-hati dengan budaya sebar tanpa periksa khususnya berkaitan maklumat kerajaan yang boleh mengundang pelbagai keresahan awam.

“Kelantan umumnya terkenal dengan pentadbiran yang berteraskan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI). Jadi semua penjawat awam perlu terus kekal dengan mengamalkan konsep intergiri.

“Pada masa yang sama, menerusi Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) sebanyak 23 jabatan di bawah selian kerajaan negeri akan menjadi mekanisma terbaik untuk menilai dan mengawal budaya integriti di pelbagai peringkat bawahan,” ujarnya-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya