SprTALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli diminta hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRMSPRMpp) Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan.
Siasatan itu berhubung penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion di antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semi konduktor.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, Rafizi dipanggil untuk dirakam keterangan pada Isnin ini pada pukul 10 pagi bagi membantu siasatan.
“Sehingga kini, sebanyak 22 keterangan diambil termasuklah dalam kalangan Menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.
“Minggu lalu kita telah merakam keterangan daripada bekas pembantu kepada Rafizi iaitu James Chai selama tiga hari berturut-turut bermula Selasa,” kata kepada media di sini hari ini.
Kes melibatkan Rafizi disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN










