Kelulusan RM7 bilion tanpa tender terus dihentikan -PM

Kelulusan RM7 bilion tanpa tender terus dihentikan -PM

ANWAR Ibrahim ketika hadir memulakan tugas di Kementerian Kewangan di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peruntukan RM7 bilion bagi projek tebatan banjir yang diluluskan kerajaan terdahulu dipercayai tidak melalui proses tender secara teratur dihentikan serta-merta.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu adalah sebahagian jumlah RM15 bilion iaitu dalam beberapa kelulusan terakhir yang dibuat melalui rundingan terus.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, semua kelulusan itu akan diteliti semula supaya ada prinsip ketelusan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Jumlah ini bukan kecil atas alasan umpamanya membantu menyegerakan untuk langkah tebatan banjir tapi ada masalah bila peraturan tidak dipatuhi dan ada upaya umpamanya untuk mencari kesempatan, dan ini amat saya kesalkan.

“Terima kasih pegawai kanan kementerian bersama saya, mereka tak selari juga (dengan kelulusan terdahulu) tetapi ketika itu mengikut arahan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini selepas menghadiri taklimat pertama selepas hadir bertugas sebagai Menteri Kewangan,” katanya.

Anwar berkata, ini termasuk peruntukan RM600 bilion iaitu kelulusan sejumlah besar wang kerajaan ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dibahaskan seolah-olah kerajaan ketika itu memberi wang begitu banyak kepada rakyat.

Jelas beliau, sejumlah besar peruntukan itu sebenarnya ialah wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu wang rakyat sendiri selain wang dari bank atas keputusan peratusan keputusan moratarium.

“Tetapi ada beberapa puluhan bilion lain yang diperuntukkan yang menunjukkan ada perlanggaran peraturan. Jadi saya nak beri peringatan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan cabar kerana memang ternyata ada beberapa proses dan prosedur yang kena mematuhi dan ada syarikat yang ada kepentingan atau terkait dengan keluarga juga terlibat.

“Saya ingin jelaskan, bukan maksud saya, saya nak tumpu perhatian mengurus negara ini, memacu ekonomi dan memberi kebajikan rakyat.

“Tetapi sebaik dicabar kita terpaksa melihat, kalau boleh hentikan sebagaimana RM7 bilion ini boleh dihentikan, mereka boleh uar-uarkan bersih, tidak bersih sama sekali, bila kita sebut tentang kelulusan yang dibuat tidak mengikut peraturan, begitu juga tentang kelulusan semasa PKP,” katanya.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.