Jangan bagi bola singgah di kaki Mbappe

Jangan bagi bola singgah di kaki Mbappe

Kyle Walker (kanan) diberi peranan besar untuk mengunci pergerakan penyerang Perancis, Kylian Mbappe dalam perlawanan suku akhir. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Gary Neville menasihati barisan pemain England agar bijak menyekat bola daripada singgah ke kaki Antoine Griezmann dan Olivier Giroud jika mahu menyekat Kylian Mbappe daripada mengganas di gawang gol Three Lions.

Bintang Perancis itu me­nyum­bat dua gol ketika membantu pasukannya membenam Poland 3-1 dalam perlawanan pusingan 16 terbaik sebelum ini meletakkannya selaku penjaring terba­nyak di Piala Dunia setakat ini.

Menurut Neville pemain bek kanan England, Kyle Walker perlu diberi peranan utama mengekang pergerakan Mbappe kerana pemain itu dilihat sangat sesuai untuk tugasan itu.

“Saya tidak nampak ada pemain bek lain yang boleh memikul peranan itu. Saya agak memilih dalam hal ini. Dia (Mbappe) seorang pemain yang sensasi dan terbaik di dunia. Lionel Messi dan Cristiano Ro­naldo kini berada di penghujung karier.

“Kyle perlu sentiasa mengawasi dia (Mbappe) dan pada masa sama memastikan rangkaian jentera serangan Perancis tidak mempunyai ruang di kawasan England,” ujarnya. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya