‘Generasi emas’ Australia meledak

‘Generasi emas’ Australia meledak

Penjaga gol Australia, Mathew Ryan menangkap bola dengan kemas selepas diasak jentera serangan Denmark di Doha, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL WAKRAH: Pengurus pasukan Australia, Graham Arnold memuji ‘generasi emas’ baharu skuadnya selepas mereka mencetuskan kejayaan layak ke pusingan 16 akhir.

Gol tunggal jaringan Mathew Leckie menyaksikan Australia menamatkan kempen Denmark sekali gus mengesahkan selaku naib juara Kumpulan D di belakang Perancis yang turut layak ke pusingan kalah mati.

Ini adalah kali pertama Australia layak ke peringkat 16 akhir sejak edisi Piala Dunia 2006 lalu, semasa mereka masih mempunyai pemain trio yang juga bermain dalam Liga Perdana Inggeris, Mark Viduka, Harry Kewell dan Tim Cahill.

Ribuan peminat berkumpul untuk menonton aksi kemenangan yang disiarkan secara langsung di Australia, pada tengah malam waktu tempatan dengan rakyat negara itu meraikan di jalan-jalan sekitar jam 3 pagi di Sydney dan Melbourne.

“Saya sangat bangga dan gembira, inilah tujuan Piala Dunia diadakan. Apabila Piala Dunia Kriket berlangsung, anda tidak melihat Federation Square (di Melbourne) dan pub meriah se­perti itu, atau jika sukan itu adalah ragbi, liga ragbi atau apa-apa sahaja.

“Piala Dunia bola sepak menyatukan sebuah negara dan saya berbangga kerana kami dapat berikan senyuman di wajah orang ramai.

“Ini kali pertama pasukan Australia memenangi dua perlawanan dalam Piala Dunia secara berturut-turut.

“Mungkin kita sekarang sedang bercakap mengenai genera­si emas baharu kerana kita telah mendengar tentang generasi emas 2006 yang mendapat empat mata dan kini kita mendapat enam mata, jadi mungkin kita patut bercakap tentang generasi baharu.

“Akan ada kegembiraan luar biasa bersama peminat Austra­lia,” kata Arnold.

Dalam edisi Piala Dunia 2006 lalu, Australia tewas 1-0 kepada Itali apabila mereka mara ke pu­singan 16 terakhir pada 2006.

Kali ini mereka akan bertemu Argentina dan Leckie berharap pasukannya mampu mara sekurang-kurangnya satu langkah lebih jauh pada peringkat kalah mati itu nanti. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya