Dana 600b: SPRM sahkan jumpa Sany Hamzan dalam masa

Dana RM600 bilion: SPRM sahkan jumpa Sany Hamzan dalam masa terdekat

MOHD. SANY HAMZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu pertemuan akan dijalankan di antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Pengarah Biro Mobilisasi Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sany Hamzan dalam tempoh terdekat berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 billion tanpa tender ketika era pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, pertemuan itu bagi mendapatkan maklumat termasuk dokumen berkaitan dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

“Ini berikutan dakwaan Sany bahawa beliau sedang mengumpul pelbagai bukti pelanggaran prosedur berkaitan dakwaan penyelewengan tersebut dan akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” kata sumber itu. 

Pada 30 November lalu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan membuat laporan polis berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana RM600 bilion yang dikatakan berlaku semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Muhyiddin semalam menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan beliau tidak takut untuk disiasat.

Isnin lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan kepada Utusan Malaysia, pihaknya memulakan siasatan berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 billion tanpa tender ketika era pentadbiran kerajaan PN. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya