Buat laporan palsu konon disamun

Buat laporan palsu konon disamun

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara tersalah guna duit diberi keluarga untuk membayar hutang, seorang penuntut kolej sanggup membuat laporan palsu kononnya dirompak hingga kerugian RM10,300 dalam kejadian di sini.

Perbuatan lelaki berusia 19 tahun itu terbongkar selepas siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki itu membuat laporan mendakwa dirompak tiga lelaki bersenjata sehingga kerugian RM10,300 pada 9.46 malam.

Bagaimanapun, katanya, hasil soal siasat dijalankan mendapati laporan mengenai kejadian rompak yang dibuat suspek adalah palsu dan kejadian yang dilaporkan juga tidak berlaku.

“Siasatan mendapati punca suspek membuat laporan palsu kerana menyalahgunakan wang simpanan yang diberi oleh keluarga dan tidak dapat membayar wang dipinjam daripada rakannya.

“Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, polis turut merakam keterangan suspek untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dan menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan bagi pertuduhan di mahkamah.

“Orang ramai supaya tidak membuat laporan palsu kerana boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya