Bau busuk bongkar kematian warga emas - Utusan Malaysia

Bau busuk bongkar kematian warga emas

ANGGOTA polis membawa keluar mayat seorang warga emas yang ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah di Rumah Rakyat Dangi, Kuala Pilah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Bau busuk dari sebuah rumah di Rumah Rakyat Dangi, di sini, pagi tadi membawa kepada penemuan mayat salah seorang warga emas di rumah itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, polis menerima makluman awal kematian tersebut membabitkan seorang lelaki warga emas, Md Nor Dahalan, 67, yang tinggal berseorangan.

Kata beliau, berdasarkan siasatan awal, warga emas tersebut telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu dan kematiannya disahkan oleh pasukan paramedik dari Klinik Kesihatan Johol.

“Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini h bagi proses bedah siasat esok bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.