Awas England!

Awas England!

KYLIAN Mbappe dan Olivier Giroud merupakan gandingan mantap di samping seorang lagi tonggak Perancis, Antoine Griezmann mampu merobek gawang England dalam aksi suku akhir, Ahad ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Tonggak utama Perancis, Kylian Mbappe memberi amaran England tidak akan bermimpi mendapat laluan mudah dalam aksi perlawanan suku akhir Piala Dunia 2022.

Bintang sensasi Paris Saint-Germain (PSG) itu kini merupakan penjaring terbanyak lima gol dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu selepas mencetak dua jaringan membantu Les Bleus membenam Poland 3-1 dalam saingan 16 terbaik.

Pemain berusia 23 tahun itu kini menyasarkan perhatian sepenuhnya kepada skuad kendalian Gareth Southgate dalam buruannya untuk menjulang trofi Piala Dunia buat kali ketiga.

“Ini adalah kejohanan impian saya dan satu-satunya objektif adalah untuk memenangi Piala Dunia sekali lagi. Perkara pa­ling penting sekarang ialah suku akhir. Itu sahaja tumpuan saya buat masa ini.

“Saya telah buat persediaan untuk Piala Dunia 2022 sepanjang musim ini, sama ada dari segi mental dan fizikal. Saya mahu sentiasa bersedia dan sangat gembira berada di sini.

“Kami masih jauh daripada objektif utama kami iaitu untuk memenangi trofi, tetapi kami gembira dapat menang perlawanan pusingan 16 terbaik dan mara ke suku akhir.

“Saya tidak datang ke Qatar untuk memenangi Kasut Emas atau Bola Emas. Jika saya dapat, ya sudah tentu saya gembira tetapi bukan itu sebabnya saya berada di sini.

“Saya di sini untuk membantu Perancis memenangi Piala Dunia. Perlawanan bertemu Poland sangat sukar, namun kami berjaya menjaringkan gol pada saat-saat penting.

Kami ada kawalan yang baik dalam permainan, namun kami tidak bermain di tahap memuaskan. Yang pen­ting, kami dapat keputusan yang baik,” katanya.

Dalam pertemuan menentang skuad The Three Lions Ahad ini, Mbappe menyasarkan untuk menambah jumlah jaringannya selepas pasukan lawan itu dilihat meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Senegal dalam saingan 16 terbaik. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya