KUALA LUMPUR: Pekarangan Jabatan Forensik Sungai Hospital Sungai Buloh yang pada mulanya tenang bertukar hiba apabila keluarnya air mata waris mangsa tanah runtuh Batang Kali-Genting Highland.
Walaupun tidak dapat dikenal pasti identitinya, tiga ahli keluarga dilihat mengalirkan air mata sejurus selepas van jenazah Nirvana Care membawa mayat mangsa keluar dari hospital kira-kira 11.17 pagi tadi.
Mayat mangsa akan dibawa ke pusat persemadian untuk proses pengebumian.
Mangsa itu merupakan mangsa ketiga dibawa keluar dari hospital sejak pagi tadi setelah selesai proses pengecaman dan bedah siasat.
Ini menjadikan sebanyak 17 mayat mangsa telah dituntut oleh waris masing-masing selepas 14 mangsa selesai dituntut semalam.
Setakat ini, tujuh lagi mayat mangsa masih berada di hospital untuk proses bedah siasat. –UTUSAN