Ahli Pas boleh sertai Muafakat Nasional-Mohd. Amar

Ahli Pas boleh sertai Muafakat Nasional-Mohd. Amar

MOHD. Amar Nik Abdullah (kanan) sempat meluangkan masa beramah mesra dengan hadirin selepas menyampaikan Kuliah Pagi Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Bharu, Kelantan- UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Pas boleh menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan oleh bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ahli Pas dibenarkan untuk menyertai MN selagi ia bergerak sebagai sebuah NGO.

“Jika menyertai sebuah NGO tiada masalah. Apa yang tidak dibolehkan dari segi peraturan Pas adalah menyertai parti lain kerana keahlian mereka akan gugur secara automatik jika berbuat demikian.

“Tetapi jika mereka menyertai NGO seperti MN atau mana-mana persatuan tidak menjadi masalah. Setakat ini kita lihat MN belum ada sebarang pertembungan dengan Pas,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas Kuliah Pagi Jumaat di Medan Ilmu, di sini hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memaklumkan bahawa setakat ini belum ada sebarang arahan untuk menghalang ahli-ahli Pas menyertai MN.

Pada 12 Disember lalu, Utusan Malaysia melaporkan Annuar Musa memaklumkan MN telah menerima lebih 10,000 ahli dalam tempoh beberapa jam keahlian NGO berkenaan dibuka.

Annuar dilaporkan berkata, perkembangan itu menyebabkan beliau merasa suatu kekuatan baharu untuk terus berjuang bersama mereka yang jujur dan ikhlas.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya