5,000 penduduk pinggir Sungai Golok di Tumpat siap sedia berpindah

5,000 penduduk pinggir Sungai Golok di Tumpat siap sedia berpindah

PENDUDUK Kampung Jejulok mula berpindah berikutan banjir mula melanda kawasan Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seramai 5,000 penduduk di 10 kampung di pinggir Sungai Golok di sini, bersiap sedia untuk dipindahkan  berikutan limpahan air sungai Golok yang naik secara mendadak sejak malam tadi.

Limpahan mendadak susulan air Sungai Golok ke kawasan itu susulan kejadian ban Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kuala Teluk di Kampung Lanchang, Rantau Panjang dekat sini pecah petang semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kampung yang terkesan ialah Kampung Teluk Jering, Kubang Sawa, Jejulok, Naga Ibu, Bendang Pak Yong dan beberapa lagi kawasan sekitar.

Penduduk Kampung Teluk Jering, Abdullah Mat Yusoff, 59, berkata, dia dan keluarga kini sedang bersiap sedia untuk berpindah kerana paras air naik terlalu cepat.

Menurutnya, dia dan keluarga akan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat menggunakan bot sendiri.

“Ini merupakan rutin kami setiap kali banjir melanda kawasan ini. Sebab itulah kami mengambil keputusan untuk membuat persiapan awal untuk berdepan sebarang kemungkinan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagi penduduk Bendang Pak Yong, Ariffin Awang Chik, 61, berkata, banjir kali ini disifatkan agak luar biasa kerana ada kawasan  baharu di Jalan Keselamatan dan Pembangunan (Kasban) Pengkalan Kubor ditenggelami air.

Katanya, setiap kali banjir hanya jalan Kasban berhampiran Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Pulau Ular sahaja dinaiki air namun sebaliknya kali ini apabila laluan Kampung Pohon Nibong turut ditenggelami air.

Ariffin mendakawa, pembinaan benteng PLSB dari Rantau Panjang-Tumpat yang tidak mempunyai pintu air menyebabkan limpahan air sungai Golok tidak dapat keluar lalu memasuki kawasan perkampungan penduduk.

“Walau pun jalan Kasban ini tinggi tetapi air dari Sungai Golok tetap melimpah ke laluan berkenaan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya