40 peratus bangunan berisiko di Johor belum miliki sijil FC

40 peratus bangunan berisiko di Johor belum miliki sijil FC

MOHAMMAD Hamdan Wahid melakukan gimik perasmian pada majlis Perasmian Seminar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Zon Selatan di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru disini.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan 2,205 premis berisiko yang telah ditetapkan memerlukan sijil Perakuan Bomba (Fire Certificate atau FC) di negeri ini masih belum mempunyai tahap perakuan berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, premis tersebut termasuklah bangunan kerajaan, hotel, kilang dan pusat beli belah.

Menurut beliau, premis-premis berkenaan sama ada gagal dalam permohonan mereka untuk mendapatkan FC ataupun masih belum memohonnya.

“Di Johor, terdapat 2,205 premis berisiko yang telah ditetapkan memerlukan FC, namun setakat ini hanya sekitar 60 peratus daripadanya telah memperoleh FC yang diperlukan.

“Walaupun begitu, setiap premis berkenaan dibenarkan beroperasi kerana telah memiliki Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), dalam pada itu mereka perlu terus mematuhi peraturan FC dan membuat permohonan bagi mendapatkan kelulusannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan 2001) Zon Selatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada), di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Malaysia, Datuk Edwin Galan Teruki.

Jelas beliau, premis yang mempunyai risiko tertentu dan tertakluk dalam Seksyen 27 Akta Perkhidmatan Bomba memerlukan sijil FC bagi memastikan tahap keselamatannya.

Tambah Mohammad Hamdan, objektif pelaksanaan sijil FC berkenaan adalah untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan pengunjung premis yang terlibat.

“Tindakan ini bukan berbentuk hukuman untuk mendenda atau menghukum mana-mana pemilik premis, sebaliknya adalah untuk keselamatan semua pihak.

“Jika semua aspek keselamatan dipatuhi, tiada sebab untuk kita menghalang pemberian perakuan berkenaan.

“Premis-premis yang tidak mempunyai FC itu bagaimanapun dibenarkan untuk beroperasi namun pemeriksaan berkala akan terus dibuat bagi memastikan tiada struktur yang memberikan risiko bencana,” jelasnya lanjut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya